Soalan sebegitu membawa maksud anda sedang hadapi masalah dengan pekerja atau orang bawahan yang menimbulkan kacau bilau dan membantut perkembangan bisnes atau projek yang sedang anda jalankan.
Sebelum anda mulakan usaha mencari teknik atau guru untuk mengajar anda tentang cara memotivasi orang dengan betul dan baik, elok lihat terlebih dulu pada pekerja atau orang bawahan yang anda ada.
Besar kemungkinan anda punyai pekerja yang tidak berguna untuk syarikat atau projek anda dan perlu diterajang keluar terlebih dulu.
Nota peringatan: "terajang keluar membawa maksud diberhentikan kerja dan tidak membawa maksud aktiviti fizikal dengan menggunakan kaki".
Hanya ada 4 kategori pekerja atau orang bawahan:
- Berkemahiran tinggi dan sikap amat cemerlang
- Kerkemahiran tinggi dan bersikap buruk teramat
- Berkemahiran rendah dan sikap cemerlang
- Berkemahiran rendah dan bersikap buruk teramat
Kumpulan yang perlu diterajang
Dalam ke empat-empat jenis yang disebutkan di atas, orang yang anda
perlu terajang keluar atau berikan surat amaran keras untuk berubah
adalah mereka yang berada di dalam kategori yang ke-4.
Jika anda yang sedang membaca ini merupakan seorang pekerja yang ada
boss atau ada taukeh diatasnya. Segera buat analisa samada anda berada
di dalam kategori ke-4 yang saya sebutkan di atas.
Jika betul, anda dalam keadaan merbahaya kerana sudahlah tidak punya
kemahiran atau keupayaan yang baik, malah bersikap negatif, tak dengar
cakap, degil dan seribu satu macam perangai buruk lagi.
Jika anda jadi boss, anda sendiri akan menerajang orang seperti itu
keluar dari syarikat jika tidak mahu terus menerus membayar gaji buta
padanya.
Belai dengan baik kumpulan ini
Matlamat taukeh atau boss adalah untuk meletakkan semua pekerjanya berada di dalam kategori pertama.
Syarikat yang punyai pekerja dalam kategori tersebut paling ramai akan
menyaksikan peningkatan memuncak dan boss tidak perlu membuang masa
mengambil kursus motivasi orang.
Apa yang boss perlu lakukan adalah bina dan bantu sebaik mungkin pekerja
hebat anda tersebut dan berikan mereka segala peluang yang ada untuk
meningkatkan kedudukan mereka. Jika anda tidak jaga mereka dengan baik,
ramai orang diluar bersedia untuk mengambil kumpulan ini.
Periksa kumpulan ke-3
Bagi mereka yang berada di dalam kategori ke-3, berkemungkinan anda
salah letak mereka bukan pada tempatnya. Sila periksa jika anda salah
guna kemahiran yang dia ada dan ubah. Sikapnya yang cemerlang akan
sentiasa membantu dirinya sendiri untuk maju. Jika dia perlukan latihan,
jangan kemut duit untuk memberikannya.
Berhati-hati dengan kumpulan ke-2
Bagi mereka dalam kumpulan kedua, kadangkala mereka adalah jenis yang
perasan bagus dan merasakan diri sentiasa hebat dan mereka memnag hebat
cuma tidak ada kerjasama dan sukar diuruskan. Anda boleh asingkan jenis
ini pada kerja tidak berkumpulan atau hantar ke summer camp untuk
pulihkan perangai buruk tersebut.
Jika perangainya tidak berbaloi, elok nasihatkan dia cari kerja lain.
Kebiasannya pemergian orang dari kumpulan kedua ini akan banyak
melegakan mereka yang berada dikumpulan pertama. Kerana selama ini
mereka sentiasa menjadi mangsa....
Peringatan!!!
Sekali lagi, semak dan pastikan agar anda tidak berada di dalam kumpulan ke-4, atau anda akan diterajang keluar....
No comments:
Post a Comment