Apakah faktor utama yang dapat mengekalkan pekerja yang bagus. Kebiasannya kita sangkakan ia ada kaitan dengan wang. Tetapi sebenarnya wang bukanlah segala-galanya. Jika gaji yang diberikan memenuhi pasaran semasa, 3 faktor dibawah perlu diberikan perhatian:
- Masa kerja yang fleksibel. Jangan terlalu rigid sangat dengan waktu kerja sehingga mencengkam kebebasan mereka.
- Hargai pencapaian. Jangan anggap bila dia makan gaji, anda boleh layan mereka macam robot. Mereka manusia dan jika kita menghargai pencapaian mereka sudah tentu mereka juga menghargai anda.
- Utamakan keputusan. Jangan kawal segala pergerakan dan cara mereka melaksanakan tugasan. Yang pentingnya mereka mencapai matlamat yang diberikan. Berikan mereka ruang menggunakan masa dengan optimus walaupun ia bermaksud keluar sebentar untuk ke gym atau sebagaimya.
Antara keburukan paling ketara syarikat adalah tidak
memperdulikan suasana persekitaran tempat pekerja mereka beroperasi.
Kemudahan juga tidak diberikan perhatian. Para pekerja juga dikawal
segenap pergerakan mereka. Ini merimaskan pekerja yang amanah dan baik.
Kesilapan yang tidak mejejaskan matlamat pula terlalu dipertikaikan
oleh majikan dan kadangkala pekerja dihukum semata-mata kerana melakukan
sesuatu yang tidak disukai oleh boss walaupun itu tidak ada kena
mengena dengan tugasan pekerja.
Berikan layanan istimewa pada pekerja bagus anda dengan turun ke padang
memberikan sokongan. Jangan berlagak macam boss angkuh yang hanya
mengharapkan dirinya sahaja perlu dipuji dan dihormati sahaja.
No comments:
Post a Comment